17/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Bidikan Akmal ‘Tersasar’ Emas

msnt sukma 2026 000 SB15

KAJANG, 17 Ogos – Bidikan Muhammad Akmal Danial Baharuddin ‘tersasar’ tepat ke podium tertinggi apabila muncul juara acara compound 50M lelaki dalam SUKMA Selangor 2026, hari ini.

Akmal Danial mencipta kejutanĀ  dengan catatan 700 mata apabila mengatasi rakan senegeri, Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki yang sebelum ini diletakkan sebagai sandaran utama negeri untuk memburu emas.
“Saya rasa bersyukur kerana selama dua tahun saya buat latihan, saya berjaya dapatkan emas dan dapat pecah rekod SUKMA 2024.

“Saya bersyukur bimbingan daripada jurulatih, emak ayah yang menyokong dengan apa yang saya buat dan ini pun sebab rezeki Allah yang bagi,” katanya kepada pemberita.

Untuk rekod, rekod SUKMA Serawak 2024 bagi kategori memanah yang sama telah dipegang oleh Afiq Zufar Mohamad Shah dengan 692 mata.

Dalam pada itu, Aiman Syafiq, sasaran awal emas Terengganu masih dapat menguasai dua kedudukan teratas apabila meraih pingat perak dengan 697 mata, manakala Abdul Hanan Abdul Basir dari Perak menduduki tempat ketiga dengan 696 mata.

Dua lagi wakil Terengganu turut mencatat kedudukan dalam kelompok terbaik apabila Muhamad Bilal Mubeen Mohd Izuan berada di tempat kesembilan dengan 690 mata.

Manakala, Muhammad Taqiuddin Haziq Zulkifli menduduki tangga ke-16 dengan 678 mata.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

Previous Article

Coach Amirul Meninggal Dunia

Next Article

SUKMA 2026: 1KG Pisahkan Emas Wazif