17/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: 1KG Pisahkan Emas Wazif

msnt sukma 2026 000 SB16A

KAJANG, 17 Ogos- Atlet angkat berat Terengganu, Ahmad Wazif Zafran Zaki Yamani terpaksa berpuas hati dengan pingat perak setelah dipintas pada angkatan terakhir pesaing terdekat dari Kedah, Arif Abdul Musawwir Mohd Nor dalam saingan Sukan Malaysia (SUKMA), hari ini.

Dalam sukan angkat berat kategori 65kg Lelaki yang berlangsung di Dewan Seri Cempaka itu, Wazif memiliki kelebihan awal setelah melakukan angkatan 116kg pada acara Snatch untuk berada di kedudukan pertama.

Namun, Arif berjaya memintas jumlah keseluruhan pada acara Clean & Jerk dengan angkatan 155kg, untuk muncul pemenang dengan kelebihan hanya 1kg (jumlah keseluruhan 266kg).

Wazif berada di kedudukan kedua dengan jumlah angkatan 265kg.

Manakala, atlet dari Perak, Mubin Dzulkarnain meraih pingat gangsa dengan jumlah angkatan 243kg.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

Previous Article

SUKMA 2026: Bidikan Akmal ‘Tersasar’ Emas

Next Article

SUKMA 2026: Tiga SUKMA, Penantian Aliya Terbalas