
Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman meluangkan masa bersama meraikan seramai 16 atlet Silambam SUKMA Terengganu 2026 dalam satu majlis makan malam yang berlangsung di The Langgit Bytes Cafe.
Pasukan Silambam tersebut merupakan pasukan anak angkat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), sekali gus mencerminkan komitmen jabatan dalam memberikan sokongan moral dan semangat kepada atlet negeri yang bakal membawa cabaran Terengganu di pentas Sukan Malaysia (SUKMA).
Dalam pertemuan itu, Dato’ Tengku Mohd Arifin turut menyampaikan kata-kata semangat kepada para atlet agar terus berusaha bersungguh-sungguh, mengekalkan disiplin serta memberikan persembahan terbaik sepanjang kejohanan.
Pasukan Silambam Terengganu dijangka menyertai SUKMA Selangor 2026 yang akan berlangsung dari 22 hingga 24 Ogos ini. Penyertaan itu diharap mampu menyumbang kejayaan serta mengharumkan nama Negeri Terengganu dalam temasya sukan terbesar negara.













Sumber Berita & Gambar: Facebook Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

