
Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA Terengganu 2026 menyuntik semangat pasukan.
Kesungguhan dan azam yang tinggi jelas terpancar pada wajah para atlet, jurulatih, pengurus, dan seluruh petugas untuk membawa nama Terengganu dengan penuh kebanggaan.
Sokongan moral daripada barisan YB-YB yang hadir selaku bapa angkat pastinya menjadi pembakar semangat buat para atlet sepanjang temasya ini berlangsung.
Semoga segala urusan dipermudahkan dan seluruh kontinjen Terengganu dianugerahkan kesihatan, kekuatan, serta kejayaan yang gilang-gemilang.
Kekalkan semangat “Terengganu Nelang” dan berikan yang terbaik! 🏆 Seluruh rakyat Terengganu sentiasa bersama dan mendoakan kejayaan kalian.























Sumber Berita & Gambar: Facebook Zuraida Md Noor
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

