12/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Majlis Solat Hajat & BBQ Kontijen Olahraga SUKMA Terengganu

Kita sasarkan 8 pingat emas. Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita cuba tambah lagi 2 pingat emas untuk olahraga SUKMA 2026. Malam tadi diadakan program solat hajat dan taujihad kepada atlet serta pasukan olahraga SUKMA Terengganu. Alhamdulillah, melihat semangat dan kesungguhan mereka, insya-Allah kita optimis untuk melihat kejayaan yang lebih besar.
Pesan saya kepada semua atlet, kekalkan momentum, jaga disiplin dan terus percaya pada kemampuan diri. Dan paling penting, jangan tinggal solat dan jangan putus berdoa. Usaha bersungguh-sungguh, selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT. Semoga dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan buat pasukan olahraga Terengganu.

Sumber Berita & Gambar: Facebook Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Atlet Silambam Bersama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

Next Article

SUKMA 2026: Bola Sepak Lelaki Kumpulan A 11/08/2026