25/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Pingat Perak Buat Terengganu Tenis

SHAH ALAM, 23 Ogos – Satu pingat perak buat kontinjen Terengganu berjaya diraih dari lapangan tenis di Kelana Jaya, hari ini.

Pingat tersebut hadir menerusi atlet wanita, Anja Samia Naya dalam acara perseorangan wanita, yang tewas dengan skor 1-2, kepada pemain dari Perak, Shihomi Leong Li Xuan.

Pada perlawanan itu, Anja memiliki kelebihan awal apabila menang set pertama 7-6 dalam tempoh satu jam lebih.

Setelah bermula dengan baik pada set pertama, Anja mendahului 1-0 pada set kedua sebelum terpaksa menarik diri akibat kecederaan, memberikan kemenangan kepada Shihomi dengan skor 6-1.

Shihomi akhirnya dinobatkan sebagai pemenang pingat emas acara itu.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Team Pursuit Wanita Dua Kali Pecah Rekod Kebangsaan

Next Article

SUKMA 2026: Wushu Rampas 1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa Buat Terengganu