25/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Wushu Rampas 1 Emas, 1 Perak, 1 Gangsa Buat Terengganu

msnt sukma 2026 000 SB38

SHAH ALAM, 23 Ogos – Kontinjen Terengganu menutup gelanggang sukan Wushu Sukan Malaysia (SUKMA), hari ini dengan satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

Pingat emas dijelmakan Muhammad Baihaqi Hilmi Mohd yang menewaskan atlet tuan rumah, Aaron Ngan Kong Fei, 2-0 dalam acara Sanda kategori 48kg Lelaki.

Pingat perak pula diraih dalam acara Sanda kategori 60kg Lelaki, yang menyaksikan Muhammad Harith Nasiha Harith Nasutieon tumpas di tangan petarung Pulau Pinang, Skyler Khor Zhan Quan, 1-2.

Manakala, gangsa diraih Wan Syakir Zufayri Wan Mohd Zaki.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Pingat Perak Buat Terengganu Tenis

Next Article

SUKMA 2026: Tahniah Buat Semua Wira Dan Wirawati Kontijen SUKMA Terengganu