
SERDANG, 22 Ogos – Pasukan Silambam meraih pingat perak dalam acara pertama dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.
Pingat tersebut diraih Lugen A/L Saravan dalam disiplin Thanitiramai Stick Individu Lelaki, yang menyaksikannya muncul pemenang tempat kedua bersama dengan atlet Kedah kerana terikat pada 8.7 mata.
Pemenang pingat emas pula merupkan atlet dari Wilayah Persekutuan yang mendapat 9.37 mata.
Dalam disiplin sama, atlet wanita Terengganu, Keertika A/P Shankar meraih tempat kelima dengan 8.10 mata.
Dalam pada itu, seorang lagi atlet Silambam iaitu Jaisnavi a/p Suresh yang bermain dalam acara Poruthal Below 50kg (Wanita) berjaya mara ke peringkat separuh akhir, hari ini.
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

