23/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: E-Sport Raih Dua Gangsa

WANGSA MAJU, 22 Ogos – Skuad E-Sport Terengganu berjaya menjelmakan satu pingat gangsa dalam acara E-Simulasi Perlumbaan Pantas Perseorangan Wanita Akhir, malam tadi.

Pingat pertama dari arena E-Sport yang diadakan di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) hadir menerusi Chloe Choo Kay Shyan yang mengumpul 47 mata, 16 mata di belakang atlet tuan rumah yang meraih pingat emas.

Pingat perak pula di raih atlet Sarawak dengan 51 mata.

Tardahulu, satu lagi pingat gangsa diraih dalam acara Perlumbaan Ketahanan Campuran yang di wakili Aisy Amani Zikry, Muhammad Haikal Irfan, Nur Aqilah Najwa dan Chloe Choo Kay Shyan.

Hari ini, Terengganu akan turun beraksi lagi dalam acara e – Football 2025 (Pasangan Lelaki), Street Fighter Individu dan Mobile Legend Wanita.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Emas Sofbol, Hadiah Buat Coach Amirul

Next Article

SUKMA 2026: Tahniah Buat Semua Wira Dan Wirawati Kontijen SUKMA Terengganu