17/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Skuad Olahraga Terengganu Tambah Satu Emas, Dua Perak

msnt sukma 2026 000 SB19

PETALING, 17 Ogos – Skuad Olahraga Terengganu terus mencuri tumpuan pada temasya SUKMA Selangor 2026 apabila meraih satu pingat emas dan dua perak pada saingan hari ini.

Pingat emas disumbangkan Muhammad Fahrin Aiman Yusmizan selepas muncul juara acara 3,000 meter berhalangan lelaki dengan catatan 9 minit 32.880 saat.

Fahrin menamatkan saingan di hadapan dua atlet Kedah, Syhir Nawas Khan yang meraih perak dengan catatan 9:38.480 saat dan Muhammad Aiman Mohd Zaidi dengan rekod 9:40.720 saat.

Dua lagi pingat perak hadir menerusi acara 400 meter wanita dan 4×100 meter wanita.

Nor Aliya Najihah Muda meraih perak dalam acara 400 meter wanita dengan catatan 56.76 saat, sekali gus memperbaharui rekod peribadinya sebelum ini iaitu 57.53 saat.

Nor Aliya kemudian sekali lagi membantu Terengganu meraih perak dalam acara 4×100 meter wanita bersama Nur Farisha Ardeana Ardy Abdullah, Nur Aina Syakira Mohd dan Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira.

Kuartet Terengganu mencatat masa 46.940 saat, hanya dipisahkan 0.050 saat daripada Sarawak yang memenangi emas dengan catatan 46.890 saat.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkiniĀ 

Previous Article

SUKMA 2026: Tiga SUKMA, Penantian Aliya Terbalas