17/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Tiga SUKMA, Penantian Aliya Terbalas

SERDANG, 17 Ogos- Perjuangan Nor Aliya Najihah Muda untuk menaiki podium sehingga penyertaan ketiganya di temasya Sukan Malaysia (SUKMA), akhirnya terbalas setelah meraih pingat perak dalam acara 400 meter lari berhalangan wanita yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), sebentar tadi.

Bekas pelari jarak jauh itu menyifatkan, pemilihan acara yang disertainya kali ini adalah yang terbaik baginya.
“Saya rasa syukur dan bangga, walaupun bukan emas tetapi akhirnya tercapai sasaran saya untuk naik podium.
Sebelum ini di Kuala Lumpur (SUKMA 2022), saya masuk acara 800M dan 1500M. SUKMA Sarawak pula saya bermain 400M Berhalangan.

Alhamdulillah saya diberi kepercayaan oleh jurulatih, Khairul Azman Adnan dan Negeri Terengganu untuk memikul tanggungjawab 400M kali ini.

“Saya rasa ini acara terbaik saya, Alhamdulillah, saya jumpa yang sesuai dengan prestasi, sepadan dengan saya,” katanya ketika ditemui selepas acar tersebut.

Lebih manis, larian hari ini merupakan catatan masa terbaiknya iaitu 56.76 saat.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

Previous Article

SUKMA 2026: 1KG Pisahkan Emas Wazif

Next Article

SUKMA 2026: Skuad Olahraga Terengganu Tambah Satu Emas, Dua Perak