17/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Dendam ‘Emas’ Izzatul Terbalas

SERDANG, 16 Ogos- Ratu pecut Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira akhirnya berjaya melunaskan ‘dendam lamanya’ setelah meraih pingat emas dalam acara 100M wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor, hari ini.
Katanya, kegagalan di SUKMA Sarawak 2024 banyak mengajarnya untuk bangkit lebih kuat kali ini.

“Alhamdulillah dengan pencapaian saya hari ini, walaupun tidak dapat catatkan masa terbaik, saya teruja dengan saya punya pencapaian.

“Akhirnya saya dapat emas. Saya dapat balas dari edisi 2024.

“Perjalanan saya? Memang sangat warna-warni dan tahun ini pun saya banyak pertandingan.
“Saya rasa sedikit letih, tetapi saya buat demi negeri saya, demi Malaysia, demi MSNT (Majlis Sukan Negeri Terengganu).
“Walaupun perjalanan ini, orang kata ada jatuh bangun, hitam putih, pahit manis dan segalanya, tetapi saya bahagia dengan pencapaian saya,” katanya ketika ditemui selepas menamatkan larian emasnya, hari ini.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Pasukan Softbol Terengganu Menang Bergaya Aksi Pertama Peringkat Kumpulan