
Sumbangan RM 20,000 Suntik Semangat Atlet Badminton Terengganu Menjelang SUKMA 2026 Selangor
KUALA TERENGGANU ā YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim malam tadi telah menghadiri Majlis Makan Malam Ramah Mesra bersama atlet badminton SUKMA XXII Terengganu 2026 yang berlangsung di Restoran Baung Kawah, Chabang Tiga, Kuala Terengganu.
Dalam majlis tersebut, YB Datuk Haji Ahmad Amzad turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM 20,000 kepada atlet badminton Terengganu sebagai tanda sokongan dan suntikan semangat menjelang penyertaan di SUKMA XXII Selangor 2026. Bagi edisi kali ini, YB Datuk Haji Ahmad Amzad diberikan amanah sebagai Bapa Angkat Sukan Badminton Kontinjen Terengganu, sekali gus menjadi sebahagian daripada usaha memberikan sokongan dan motivasi kepada para atlet sepanjang temasya berlangsung.
Turut hadir YB Hajah Zuraida binti Md Noor, Timbalan Ketua Kontinjen II SUKMA Terengganu 2026, serta Encik Nor Azam bin A Rahman, Setiausaha Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu selaku Jabatan Angkat bagi sukan badminton.
Kontinjen Terengganu yang membawa aspirasi āTerengganu Nelangā diharapkan terus bersemangat dan memberikan prestasi terbaik bagi mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA XXII Selangor 2026.
Semoga seluruh atlet dan kontinjen Terengganu dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kejayaan dalam setiap acara yang disertai.
Terengganu Nelang!




























Sumber Berita & Gambar: Facebook Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkiniĀ

