
Sesi pelepasan atlet Kontinjen Terengganu bagi menghadapi SUKMA XXII Selangor 2026 telah diadakan melibatkan empat (4) pasukan sukan iaitu Boling Padang, Sepak Takraw, Tenis dan Badminton. Sesi pelepasan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Kontinjen 1 (DCDM 1), Y.Bhg. Datoā Haji Jusman bin Ibrahim bersama Timbalan Ketua Kontinjen 2 (DCDM 2), YB Hajah Zuraida binti Md Noor.
Turut bersama dalam sesi pelepasan tersebut ialah wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu selaku Jabatan Angkat bagi pasukan Boling Padang serta Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) selaku Jabatan Angkat bagi pasukan Badminton.
Dalam sesi ringkas bersama para atlet, DCDM 1 dan DCDM 2 turut menitipkan kata-kata semangat agar semua atlet sentiasa menjaga disiplin, kesihatan dan fokus, selain memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang kejohanan. Para atlet juga diingatkan supaya turun berjuang dengan penuh keyakinan dan membawa semangat Hanelang dalam usaha menyumbang pingat buat Negeri Terengganu.
Selamat berjuang kepada seluruh atlet Boling Padang, Sepak Takraw, Tenis dan Badminton. Semoga dipermudahkan segala urusan, diberikan kejayaan dan mampu membawa pulang pingat buat Terengganu.





















Sumber Berita & Gambar: Facebook CDM.SukmaTranung
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkiniĀ

