14/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Berpasukan Lelaki Terengganu Ke Suku Akhir

SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Berpasukan Lelaki 12/08/2026

SHAH ALAM, 13 Ogos- Pasukan Bola Tampar Pantai, Terengganu A muncul antara pasukan terawal melayakkan diri peringkat suku akhir apabila menewaskan Johor B dengan keputusan 2-0, pada aksi terakhir peringkat Pool F, hari ini.
Terengganu A diwakili Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq menewaskan gandingan Chang Kai Zhe dan Ong Li Wei secara ‘straight set’ (21-5)(21-7) untuk terus kekal sebagai pendahulu kumpulan.
Terdahulu, Terengganu A menewaskan Sabah A (semalam), juga dengan skor 2-0 dan Kelantan A (2-1), pada saingan hari pertama peringkat kumpulan.
Dalam pada itu, satu lagi pasukan iaitu Terengganu B yang diwakili gandingan Muhammad Ashraf Baginda dan Muhammad Zuhairi akan menentang Sarawak A bagi aksi terakhir Pool B, petang ini.

Sumber Berita: TRDI – Media Rasmi Negeri Terengganu
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkiniĀ 

Previous Article

SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Berpasukan Lelaki 12/08/2026

Next Article

SUKMA 2026: Pelepasan Atlet SUKMA XXII Selangor 2026