08/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Atlet Silat Bersama Majlis Daerah Marang

msnt sukma 2026 004 001

Majlis Daerah Marang selaku Jabatan Angkat kepada Pasukan Silat SUKMA Terengganu berbesar hati menganjurkan Majlis Makan Malam dan Penyerahan Insentif sebagai tanda sokonganserta penghargaan kepada para atlet dan barisan kejurulatihan yang bakal membawa cabaran negeri Terengganu ke SUKMA XXI Selangor 2026. 
 
Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Nor Bin Hamzah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, merangkap Bapa Angkat Kontinjen Silat Sukma Terengganu 2026 yang turut menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepadapara atlet agar terus berjuang dengan penuh disiplin, semangat kesukanan dan tekad demi mengharumkan nama negeri Terengganu. 

Sebagai Jabatan Angkat, Majlis Daerah Marang sentiasa komited dalam memberikan sokongan moral kepada kontinjen yang membawa nama negeri di pentas SUKMA. Semoga insentifyang disampaikan menjadi pembakar semangat kepada seluruh pasukan untuk mempamerkan prestasi cemerlang dan membawa pulang kejayaan buat Terengganu. 

Majlis Daerah Marang mengucapkan selamat berjuang kepada seluruh Pasukan Silat Terengganu. Semoga segala usaha dipermudahkan dan dikurniakan kejayaan di SUKMA XXI Selangor 2026. 

Sumber Facebook Majlis Daerah Marang
Layari facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

Previous Article

SUKMA 2026: Atlet Bola Tampar Bersama YB Ustaz Ridzuan Hashim 

Next Article

SUKMA 2026: 7 Hari Lagi