08/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Atlet Bola Tampar Bersama YB Ustaz Ridzuan Hashim 

msnt sukma 2026 003 001

YB Ustaz Ridzuan Hashim telah mengadakan perjumpaan bersama para atlet bola tampar Terengganu yang mewakili negeri ke temasya SUKMA 2026 yang dijadualkan bermula pada 11 Ogos ini di Shah Alam Selangor. Dalam pertemuan ini, YB Ustaz Ridzuan Hashim turut menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda sokongan dan semangat kepada para atlet.

Tahun ini, Terengganu mensasarkan 61 pingat emas, dan bola tampar merupakan antara sukan yang diharapkan mampu menyumbang kepada pencapaian tersebut. YB Ustaz Ridzuan Hashim yakin segala persiapan dan latihan yang telah dijalankan sejak tamat SUKMA 2024 lalu menjadi bekalan terbaik untuk menghadapi kejohanan yang bakal berlangsung. InsyaAllah, dengan kesungguhan, disiplin serta semangat berpasukan yang tinggi, pasukan bola tampar Terengganu mampu memberikan saingan terbaik dan menyumbang kepada sasaran negeri untuk muncul sebagai juara keseluruhan SUKMA 2026.

YB Ustaz Ridzuan Hashim juga mendoakan agar semua atlet dikurniakan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan mental serta semangat juang yang tinggi. Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh, jangan sesekali lupa untuk terus berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan kemenangan kepada pasukan bola tampar dan seterusnya membantu Terengganu mencapai sasaran sebagai juara keseluruhan SUKMA 2026.

Hadir sama Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) Majlis Sukan Negeri Terengganu, Encik Ahmad Bukhari bin Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah (Pembangunan) JKR Terengganu, Encik Anuar bin Mohd Azlan yang mewakili JKR Terengganu selaku Jabatan Angkat kepada pasukan bola tampar SUKMA Terengganu.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kejayaan yang cemerlang. Insya-Allah.

Sumber: Facebook
Layari facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

Previous Article

SUKMA 2026: Majlis Solat Hajat & Bacaan Yassin

Next Article

SUKMA 2026: Atlet Silat Bersama Majlis Daerah Marang