15/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Jelmakan Lebih Banyak Bonus Pingat

msnt sukma 2026 000 SB02

SHAH ALAM, 15 Ogos – Menjelang pembukaan secara rasmi Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor hari ini, Kontinjen Terengganu kekal berada di landasan tepat bagi mencapai sasaran pingat yang ditetapkan.

Bagaimanapun Ketua kontinjen, Dato’ Rosli Latiff berharap, atlet -atlet Terengganu akan terus konsisten dengan menjelmakan lebih banyak peluang mendapatkan pingat emas bagi pasukan.

“Walaupun kita ‘miss’ dua emas dari Judo, tetapi kita dapat balik emas daripada acara berbasikal MTB dan Taekwondo.

“Itu yang saya rasa sukacita sedikit. Selepas ini, saya harap kita akan berusaha lebih keras dan semangat kontinjen kita dalam keadaan baik sebenarnya.

“Macam saya pernah sebut sebelum ini bahawa pada acara karnival sukan sebegini, penentuan sebenar pada hari pertandingan itu.

“Walaupun kita berlatih banyak, prestasi kita pda hari pertandingan itu sangat-sangat penting,” pesannya.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

Previous Article

SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Saji Perebutan Dua Medal

Next Article

SUKMA 2026: Pasukan Judo Terengganu Bertarung Di SUKMA Selangor 2026 14/08/2026