15/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Bola Tampar Pantai Saji Perebutan Dua Medal

msnt sukma 2026 000 SB01

Shah Alam, 15 Ogos – Bola Tampar Pantai Terengganu bakal menyajikan perebutan dua pingat, emas dan gangsa apabila Terengganu A dan Terengganu B masing-masing layak untuk melangkah ke perlawanan akhir saingan, petang ini

Terdahulu, Terengganu A berjaya mara ke pusingan penentuan pingat emas bola tampar pantai selepas menewaskan Selangor B 2-0 pada aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Terengganu A yang dibarisi gandingan Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq bermula baik apabila mengungguli set pertama 21-17 sebelum menamatkan set kedua dengan kemenangan 22-20.

Kemenangan itu membolehkan Terengganu A bertemu Perak A pada aksi final bagi merebut pingat emas.

Sementara itu, Terengganu B gagal mara ke final selepas tewas 0-2 kepada Perak A, masing-masing 8-21 dan 14-21.

Terengganu B kemudiannya akan menentang Selangor B dalam aksi penentuan pingat gangsa.

Gandingan Noraiman Shah dan Muhammad Isma Haziq sebelum ini turut mempamerkan prestasi konsisten apabila hanya tewas sekali kepada Terengganu B pada aksi suku akhir, semalam.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Pasukan Taekwondo Terengganu Bertarung Di SUKMA Selangor 2026 14/08/2026

Next Article

SUKMA 2026: Jelmakan Lebih Banyak Bonus Pingat