
SHAH ALAM, 10 September – Solehah Muzdaliefah Mustafa, 18, mengejutkan kem Para Negeri Terengganu apabila muncul juara dalam acara Lempar Cakera F13 Wanita, acara terakhir olahraga yang dipertandingkan pada Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) 2026, malam tadi.
Dalam acara yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM), Solehah merekodkan lemparan sejauh 17.74 meter pada percubaan pertama, yang menjadi nadi kemenangannya.
Atlet Sarawak, Noor Kalsum Fadil berjaya lemparan sejauh 17.27m pada percubaan kedua yang mendebarkan penonton, namun tidak berjaya menyaingi jarak milik Solehah dan sekadar menduduki tempat kedua.
Manakala, pingat gangsa diraih atlet Johor, Nor Arinah Nor Asiba yang melakukan catatan 17.19m.
Dalam pada itu, Solehah kini telah merangkul dua pingat setelah memperoleh gangsa pada acara Lontar Peluru F13 sebelum ini.
Kemenangan ini membantu skuad para olahraga mengumpul tiga pingat emas dengan keseluruhan 22 pingat (9 perak, 10 gangsa).
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

