07/09/2026
MSNT

PARA SUKMA 2026: Nani Shahiera Sumbang Emas Pertama Terengganu

para sukma 2026 sb 0001

SHAH ALAM, 6 September – Nani Shahiera Zawawi meraih pingat emas pertama buat Kontinjen Negeri Terengganu di temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, apabila muncul pemenang dalam acara Lompat Jauh Wanita T20, hari ini.

Pada acara yang berlangsung di Stadium Universiti Teknologi MARA (UiTM) pagi tadi, Nani berjaya melakukan lompatan sejauh 5.13 meter pada percubaan terakhirnya untuk menoktahkan cabaran atlet Sabah, Elissieball Jonal di tempat kedua (4.98m).

Nani sebelum itu telah meletakkan harapan kepada pasukan Terengganu seawal percubaan pertama sejauh 5.06m yang meletakkan beliau di kedudukan terbaik meraih podium.

Kejayaan tersebut menjadi tonik semangat buat Kontinjen Terengganu pada hari pertama temasya berlangsung.
Dalam pada itu, rakan sepasukannya iaitu Muhammad Aiman Ajwad Ali berjaya meraih pingat perak dalam acara Lompat Jauh Lelaki T20 dengan lompatan 6.70m.

Selain itu, dalam acara Lontar Peluru F55/F56/F57 wanita, Nur Safra Abdul Halim turut meraih pingat perak.
Satu pingat gangsa turut diraih Terengganu menerusi Muhammad Kalish Taqiuddin dalam acara 1500m T12/T13 Lelaki, sekali gus menjadikan pasukan olahraga menyumbang empat pingat buat Kontinjen Terengganu hari ini.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Emas Terakhir Dari Silambam

Next Article

PARA SUKMA 2026: Impian Emas Shazmin Tertunai