22/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Iskandar, Bob Angkat Dua Pingat Penutup Kempen Angkat Berat

msnt sukma 2026 000 SB29

SHAH ALAM, 20 Ogos – Skuad angkat berat Terengganu menambah dua pingat penutup kempen menerusi Iskandar Zulkarnain dan Muhammad Al Iqram Hamizan pada hari terakhir saingan angkat berat SUKMA Selangor 2026.

Iskandar Zulkarnain mengejutkan kontijen dengan pungutan pingat perak dalam kategori lelaki 110 kilogram (kg), walaupun bukan atlet sasaran selepas mengumpul keseluruhan 285kg.

Iskandar melakukan angkatan snatch 128kg sebelum melengkapkan catatan akhir dengan 157kg dalam clean and jerk untuk berada di podium kedua.

Pingat emas menjadi milik tuan rumah, Muhammad Faqrullah dengan jumlah 290kg, manakala Muhammad Alianafiah dari Sabah meraih gangsa selepas mengumpul 275kg.

Sementara itu, Muhammad Al Iqram Hamizan  membawa pulang pingat gangsa dalam kategori lelaki melebihi 110kg.
Dengan angkatan snatch 120kg dalam snatch dan 153kg dalam clean and jerk, Iqram menempah tempat ketiga dengan catatan akhir sebanyak 273kg.

Pingat emas kategori itu menjadi milik atlet Pahang, Muhammad Farris Haikal yang mengumpul 305kg, manakala wakil Johor, Isaac Masne meraih perak dengan 274kg.

Kejayaan dua atlet negeri itu tadi menjadikan pungutan akhir kontijen kepada tiga emas, tiga perak dan tiga gangsa bagi acara angkat berat temasya kali ini.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini 

Previous Article

SUKMA 2026: Banin Bidik Emas Kedua Skuad Menembak Terengganu

Next Article

SUKMA 2026: Tahniah Buat Semua Wira Dan Wirawati Kontijen SUKMA Terengganu