20/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Akmal Danial Tambah Emas Kedua Compound

msnt sukma 2026 000 SB25

KAJANG, 20 Ogos – Pemanah Terengganu, Muhammad Akmal Danial Baharuddin terus mencuri tumpuan dalam SUKMA Selangor 2026 apabila menambah koleksi pingat emas kedua dalam acara compound perseorangan lelaki.

Akmal Danial dengan bidikan konsisten pada perlawanan pingat emas telah mengumpul 147 mata, menewaskan wakil Pulau Pinang, Lee Meng Zhe yang mencatat 144 mata.

Dalam aksi berkenaan, Akmal Danial mengumpul 30 mata pada set pertama sebelum menambah 29 mata pada set kedua dan ketiga, diikuti 29 mata pada set keempat serta 30 mata pada set kelima untuk keseluruhan 147 mata.

Terdahulu, Akmal Danial turut menyumbang pingat emas dalam acara compound lelaki selepas mengungguli saingan dengan catatan 700 mata.

Pencapaian tersebut membantu Terengganu mencipta kejayaan berganda apabila rakan senegeri, Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki meraih perak dengan 697 mata.

msnt sukma 2026 000 SB26

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

Previous Article

SUKMA 2026: Tahniah Buat Semua Wira Dan Wirawati Kontijen SUKMA Terengganu

Next Article

SUKMA 2026: Acara Memanah Compound Lelaki Individu 20/08/2026