
KAJANG, 16 Ogos – Atlet Terengganu, Nur Arrissya Nadia Mohamad Nor Mardi membuka saingan skuad angkat berat negeri pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan pingat perak dalam acara wanita bawah 48 kilogram (kg).
Nur Arrissya mencatatkan jumlah angkatan keseluruhan 144kg selepas melakukan 63kg dalam acara snatch dan 81kg bagi clean and jerk pada saingan di Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), di sini, sebentar tadi.
Pingat emas menjadi milik wakil Perak, Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani yang mengumpul 154kg menerusi angkatan 72kg dalam snatch dan 82kg clean and jerk, manakala atlet Pahang, Nur Nadia Nasyiha Abdullah meraih gangsa dengan jumlah 130kg.
Pencapaian Nur Arrissya turut menajdi menyumbang pingat pertama Terengganu dalam acara angkat berat pada kali ini.
Manakala, acara lelaki bawah 68kg dan wanita bawah 53kg dijadualkan untuk menutup saingan pada petang ini.
Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkini

