18/08/2026
MSNT

Sukma 2026: XCO Lelaki Terengganu Takluk Podium

msnt sukma 2026 000 SB03

SHAH ALAM, 15 Ogos – Pasukan berbasikal Mountain bike (MTB) Terengganu menggemparkan Lembah Peladang Agro Campsite, apabila membolot ketiga-tiga pingat bagi acara Cross Country Olympic (XCO) lelaki yang berakhir sebentar tadi.

Muhammad Naufal Iman Mohamad Fauzi muncul pemenang dengan mencatatkan masa 1:07:28:064 saat untuk meraih pingat emas.

Rakannya, Saniy Syu’aib Mohd Safiee pula berada di tempat kedua dengan perbezaan 00.13 saat (1:07:41:520 saat).

Manakala, seorang lagi atlet Terengganu iaitu Muhammad Effan Wafiy Nor Effandy berjaya mendapatkan pingat gangsa dengan catat 1:10:12:232 saat.

Meletakkan sasaran dua pingat bagi acara ini, atlet Terengganu sekali lagi memecahkan jangkaan dengan dominasi kesemua pingat.

msnt sukma 2026 000 SB04
Previous Article

SUKMA 2026: Pasukan MTB Terengganu Sapu Bersih Pingat 15/08/2026

Next Article

SUKMA 2026: Pasukan Sepak Takraw SUKMA Terengganu Beraksi 15/08/2026