15/08/2026
MSNT

SUKMA 2026: Emas Pertama Pasukan SUKMA 2026 Terengganu

msnt sukma 2026 000 001

SHAH ALAM, 14 Ogos- Pelumba basikal MTB, Nur Syaza Damia Mohamed Arif muncul sebagai penyumbang pingat emas pertama buat kontinjen Terengganu di Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026, hari ini.

Syaza yang bertanding dalam acara Downhill Individu (W) mencatatkan masa 2:22;624 saat sekali gus berjaya meraih pingat emas pada kejohanan yang berlangsung di Lembah Peladang Agro Campsite, Sungai Buloh, sebentar tadi.

Lebih menarik, pada awalnya pasukan berbasikal meletakkan sasaran pingat perak buat atlet berkenaan bagi perlumbaan hari ini.

Namun, kayuhan ’emas’ yang berjaya dilakukannya menjadi tonik terbaik buat seluruh pasukan untuk membuktikan kemampuan Negeri Terengganu memberikan cabaran terbaik dalam temasya sukan kali ini.

Layari Facebook Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk maklumat terkiniĀ 

Previous Article

SUKMA 2026: Perlawanan Pusingan Awal Kriket Lelaki 50 Overs 13/08/2026

Next Article

SUKMA 2026: Sukan Berbasikal Downhill Individu Lelaki Dan Wanita 14/08/2026